11 February 2010

Kenali Kristal


Wanita dan aksesori memang tidak dapat dipisahkan.Terasa bagai tidak lengkap andai diri tidak dibaluti dengan perhiasaan diri.Di muka bumi ini terdapat pelbagai jenis kristal yang boleh dijadikan aksesori wanita.Ini termasuklah kristal kaca, kristal swarovski,kristal plastik dan kristal zircon.Setiap kristal ini mempunyai ciri-ciri uniknya yang tersendiri. Jom! sama-sama kita membongkar keunikan kristal-kristal ini...

Kristal Swarovski

Kristal Swarovski berasal dari Austria dan mendapat nama dari penciptanya iaitu Daniel Swarovski(1862-1956).Kristal ini mempunyai kandungan plumbum yang tinggi menyebabkan ia bersinar seperti berlian apabila dipantul cahaya disamping kaedah pemotongannya yang sebegitu rupa..Kristal swarovski boleh didapati dalam pelbagai bentuk..ini termasuklah bentuk bulat,bikon,bentuk air mata,bentuk hati,bentuk donut dan sidehole.Kristal swarovski juga mempunyai pelbagai warna seperti topaz, fireopal,lime, aquamarine dan macam-macam warna lagi.Ada berpendapat penggunaan warna kristal berkait  rapat dengan bulan kelahiran pemakainya...dan ada juga berpendapat, penggunaan kristal bertujuan untuk kesihatan:biasanya menggunakan batu-batu galian semula jadi yang mempunyai ciri-ciri penyembuhan...

Kristal Kaca

Kristal kaca diperbuat daripada kaca yang utuh serta tidak mudah pecah.Kristal kaca ini biasanya mempunyai kurang daripada 30% kandungan plumbum..iaitu satu bahan yang boleh membuatkan kristal kaca itu berkilau.....Ciri-ciri yang terdapat pada kristal ini iaitu tahan lasak dan tidak mudah pecah jika terjatuh membuatkan ia digunakan secara meluas dalam menghasilkan aksesori wanita disamping harga yang amat berpatutan.Saiz bagi kristal ini pula adalah 4mm,5mm,6mm,8mm dan 10mm.Jadi tidak hairan lah...kristal ini  juga mendapat perhatian untuk dijadikan aksesori...

Kristal Zircon

Kebiasaanya kristal zircon ini digunakan untuk membuat loket disamping membuat gelang dan rantai.

Kristal Plastik

Merupakan kristal yang paling murah harganya.Kristal jenis adalah lebih ringan berbanding kristal lain.Banyak digunakan untuk membuat  aksesori wanita seprti gelang, rantai, cincin dan subang.

Chinese stone

Chinese stone adalah jauh lebih murah berbanding kristal lain. Ini kerana kristal ini tidak mempunyai aura penyembuhan dan kesihatan .Ia dipakai bertujuan sebagai perhiasan semata-mata.Apa yang menarik mengenai kristal ini adalah ia merupakan batu biasa seakan-akan batu tiruan kepada batu-batu galian yang asli.Nama Chinese stone merupakn panggilan pasar yang merujuk kepada kristal warna pekat.Antara warna chinese stone adalah yellow stone, brown stone,cat eye stone dan macam-macam lagi.